Rabu, 16 Disember 2009

Selamat Datang

Assalamualaikum pelanggan yang dihormati,

Terima kasih kerana sudi meluangkan masa berkunjung ke blog kami. Blog ini kami bina bertujuan sebagai medium pantas untuk kami berkomunikasi secara terus dengan pelanggan-pelanggan kami.

Selain itu ia juga menjadi satu cara untuk kami memaklumkan kepada anda tentang apa sahaja promosi yang akan kami lakukan pada masa-masa tertentu. Jadi sekiranya anda seorang 'ulat buku', pastinya anda ternanti-nantikan waktu promosi ini.

Jadi pastikan anda sentiasa berkunjung ke blog kami untuk mengetahui promosi dan tawaran dari kami untuk anda. Sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila gunakan ruangan komen di bawah.

Sekian, wassalam.

0 ulasan: